Spammers, apa itu spammers?
Spammers adalah individu yang gemar memenuhi ruang chat atau forum dengan posting yang:
1. tidak berfaedah
2. tiada tujuan
3. tidak berkenaan dengan topik
4. menyibuk/semak/serabut
spammers terbahagi kepada 2, spambot dan individu. Difahamkan spambot
adalah satu bot atau program yang telah diprogram untuk membanjiri
email/forum/chatroom dengan tujuan pengiklanan atau menyusahkan orang
lain atau mendengki.
Lain pula dengan individu yang digelar spammers, individu ini adalah mereka yang:
a) sangat bosan
b) tidak berpendidikan
c) kekurangan idea untuk posting sesuatu yang bermanfaat
d) suke menyusahkan orang
e) nak mengejar pos
f) mahu dipuji kawan2 kerana rajin berforum/chatting
g) nak mengayat awek yg tengah berforum
h) semua di atas!!
amaran: anda tidak perlu membulatkan mana2 ayat di atas. ini bukan satu soalan
Contoh seorang spammers:
Topik perbualan: Saya dilamun cinta lagi
Posting asal oleh penulis: "Hi, saya baru berumur 17 tahun, saya baru
je putus cinta 2 minggu lepas, tapi saya rasa saya jatuh cinta dengan
kwn baik sy sbb sy rasa dia seorang yg jujur... adakah sy perlu melayan
perasaan saya?"
Contoh jawapan seorang spammers: "yeke? tak tanye pun.."
Contoh jawapan penulis berkaliber: " Hi adik, akak rasa adik tak perlu
layan sgt perasaan adik tu, baru 2 minggu, bagi masa utk diri sendiri."
Lagi contoh jawapan seorang spammers: "takyah la amik dia, sy ni pun single"
Contoh kedua:
topik perbualan: Harga minyak turun lagi!
Posting asal penulis : 18 May 08, harga minyak turun 60sen menjadikan
RM1.20 seliter! ini menggemparkan dunia kerana Malaysia tak penah2
turun minyak sebanyak tu!!.....
Contoh seorang spammers: "nasib baik aku tak pakai kete"
Jawapan spammers kepada spammers: "same la kite"
Balasan spammers lain: "hai.. boleh berkenalan? sy org baru kat sini"
Contoh spammer sorang lain: "ha.. dah turun"
Contoh poster yang cerdik: "akhirnya... minyak turun gak, lega la skit nak makan angin dgn kawan2 pasni"
adakah anda seorang spammers?
Sedar atau tidak, kita mungkin telah pun menjadi seorang spammers,
padahal baru semalam kite join satu forum, agak jakun la tgk forum ni.
tau2 je org dah panggil kite spammers. Nak masuk borak2 je tapi dah
disenarai hitam plak oleh orang2 lama. mcm mane ni?
Jangan ambil mudah, spammers amat dibenci oleh setengah orang, sampai
menyampah la, ade yg dendam siap! jadi jika anda rasa anda spammers,
ubah gaya posting anda di forum!
Spammers ada dimana2~
Di mana2 forum atau chatroom, mesti akan ada spammers. Ini adalah
semula jadi kerana setiap orang yg mampu berbual, akan terus berbual
dan tidak akan cuba berhenti.
Bagaimana untuk mengelakkan diri menjadi seorang spammers?
Elakkan berbual kosong, mengarut, mencarut, mahupun melatah dalam
topik2 serius. Kalau anda nak berkenalan ata uterpikat dgn forumer atau
chatters, sila la private msg org berkenaan, jgn la berkenalan dlm
thread tu pulak. bwk ke private, lagi selamat dan selesa. tak timbul
gosip atau fitnah.
Kat mana saya nak berbual kosong secara beramai-ramai?
Kita ada thread cerita kosong, cerita lucu dan perkenalkan
diri. Di sinilah tempat untuk anda berkenalan, bermesra, bergurau, dan
mengarut.
Walaubagaimanapun mencarut adalah salah di sisi undang2. Jadi
gunakanlah bahagian ini sebaik mungkin untuk menambah kawan baru
mahupun musuh baru.
Di mana tempat yg saya tak sepatutnye mengarut?
Di bahagian serius seperti perubatan, perundangan, politik,ekonomi dan
sosial,isu pendidikan dan sebagainya. Topik2 ini mungkin diambil serius
oleh sesetengah user, jadi jika anda cuba menyampuk tak tentu pasal
atau buat lawak bodoh yg tak kelakar lansung dan menampakkan kebodohan
anda, anda mungkin akan dibenci oleh setengah pihak dan mungkin
dipulaukan. lebih teruk ia kaan membawa kepada pergaduhan dan carutan
akan berleluasa.
Bagaimana jika saya dah terspam?
kadang2 kita boleh je melawak, asik serius je, tapi biar bertempat. kat tempat serius tu kalau rasa nak spam,
PLEASE SPAM WITH CARE! dan lepas spam tu, cuba alihkan balik ke topik asal. Jangan biarkan topik tu mengarut berjela2
Biarla sy nak spam, sukati sy la, sy punye pc, sy punye kebod, sukati la!!!
Sila lah menjadi user yang bertanggungjawab.
FIKIR DULU SEBELUM POSTING!
BERFORUMLAH DENGAN BERHEMAH...