Contact Admin |
Kai
Email: mr.kai99[at]gmail[dot]com Message Me:
KOSE
Email: kosserani[at]yahoo[dot]com Message Me:
|
Moderator Forum |
Virgonz
Cuteyzuera
HipokiuTSGT
*Kami masih mencari seorang lagi(lelaki) Ahli yang berkelayakkan menjadi Moderator Forum.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Admin. |
Latest topics | » STACY DI AJL . . . by ummi hani bazlina Fri Jan 28, 2011 9:56 am
» ~Jom vote Stacy dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011~ by Tommy Fri Jan 21, 2011 12:17 pm
» MUZIK-MUSIK SEPARUH AKHIR by HipokiuTSGT Wed Nov 03, 2010 3:38 pm
» party bersama Saf by UcHi Tue Oct 12, 2010 3:36 pm
» SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA by kiutrien Tue Oct 12, 2010 10:26 am
» Perjalananku (Stacy) by Lan8300 Thu Aug 19, 2010 9:36 am
» GLAM NITE ULANG TAHUN STACY KE-20 by PrincessTia Thu Jul 29, 2010 11:23 pm
» IDEA BARU!! by sniperdib Sat Jul 24, 2010 11:55 pm
» KONSERT GEMILANG AF STACY by Hanis21 Wed Jul 21, 2010 12:47 pm
» lagu untuk gmbr dottie by zims Thu Jul 15, 2010 11:48 pm
|
Who is online? | In total there are 32 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 32 Guests
None
Most users ever online was 137 on Mon Sep 30, 2024 10:46 am
|
|
| SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA | |
| Author | Message |
---|
KOSE
StacyFC Admin
Posts : 208 Join date : 17/04/2010 Age : 45
| Subject: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Thu Apr 29, 2010 11:14 am | |
| Terlalu lama saya menyimpan kisah ini dan ramai yang tidak tahu bagaimana kelab peminat Stacy @ Stacy's Frenz ini bermula. Ianya banyak kisah duka daripada suka, tetapi ya...siapa sangka Stacy's Frenz boleh menjadi sebesar ini dan kekal hampir 3 tahun sementara dalam masa yang sama beberapa kelab peminat hilang satu persatu. Sebaik sahaja pengumuman nama-nama pelajar yang layak masuk ke akedemi untuk AF6, saya terus membuka satu Blog khas untuk Stacy. Mulanya bukan bertujuan membuat Kelab Peminat Stacy, cuma sekadar mewar-warkan pada semua perkembangan Stacy dan lagu-lagu bakal dinyanyikan serta ulasan-ulasan tentang konsert AF6, sementelah Blog saya ramai pengunjung dan ramai komentar, lalu peluang itu saya ambil untuk update perkembangan Staxy dan link Blog Stacy yang saya buat ke Blog saya.
Mengapa Stacy's Frenz?. Nama ini sengaja saya pilih mengikut dari segi kreatif. Saya mahu Kelab Peminat Stacy menonjol dan lain daripada yang lain, sama macam bakat Stacy juga yang ada kelainan. Sejak semua menggunakan FC seperti Nadia FC, ALIFF FC, TOI FC dan nama FC dihujung nama pelajar/artis telah digunakan sejak AF2 lagi. Memang mendapat respond yang baik dan ada beberapa wartwan yang mengatakan yang nama kelab peminat Stacy begitu unik sekali. Malangnya sambutan terhadap Stacy sangat dingin sekali kerana hampir setiap minggu penyokong pelajar yang lain datang lebih dari 30 orang dan ada yang melebihi 100 orang tetapi penyokong Stacy yang ada di Dewan Sivik MBPJ tidak lebih dari 10 orang. Kadang kami rasa kecil dan ada juga FC lain yang memperkecilkan kami, tetapi tidak perlulah saya sebutkan.
Saya ke konsert mingguan AF6 setiap minggu kerana menyangka tiada wakil @ keluarga Stacy yang datang kerana mereka dari keluarga yang susah dan jarak yang jauh memerlukan kos yang banyak. Rupa-rupanya ada abang Stacy yang telah berkahwin dan menetap di Puchong. Lalu kami berkenalan dengan abang Stacy yang bernama Fidun melalui En.Rojak yang selalu masuk ke Blog Stacy's Frenz. Sebaik bertemu keluarga Stacy, semangat kami mula membara.
Kedatangan penyokong Stacy tidak ramai bukan sahaja kerana dia pelajar dari jauh, tetapi juga harga tiket yang membebankan dan hal kedua kerana payahnya hendak membeli tiket. Harga tiket pada masa itu adalah RM20 sedangkan rakan-rakan yang saya bawa adalah pelajar dan ada yang tidak bekerja. Itu belum lagi soal tambang pergi membeli tiket, pergi balik konsert dan kos membuat poster dan banner. Setiap hari isnin saya akan keluar dari rumah seawal 6 pagi kerana tempat menjual tiket adalah di SS14 Petaling Jaya. Walaupun kaunter tiket dibuka 8pagi, tetapi seawal 7pagi sudah ada yang berbaris kerana hendak mendapatkan tiket dihadapan. Pada konsert pertama saya dan kawan duduk hampir paling belakang kerana masa itu saya beli hari isnin petang. bayangkan betapa larisnya tiket dan pernah saya hanya dapat 3 keping tiket sahaja adahal saya datang 8.30pagi tetapi tiket dah habis. Kalau beli hari selasa....rabu atau khamis, mimpilah nak dapat tiket.
Konsert pertama Stacy so...so...sahaja komen juri dan tepukan penonton walaupun masa itu persembahannya saya percaya antara 3 terbaik pada malam itu. Namun gelombang pengaruh Stacy terserlah sebaik konsert kedua apabila dia menyanyikan lagu RELA yang pernah dipopularkan oleh Tila. Pada masa itu saya terus melihat ulasan-ulasan dari Blog Sultan Muzaffar ( masa itu belum ada Murai.Com, Budiey.com dan sebagainya ), Blog Mr.Manager, Blog Klubbkit dan blog-blog perseorangan. Namun sedih juga kerana komentar mereka tidaklah seperti yang saya harapkan, tetapi saya dan penyokong Stacy tidak berputus asa.
pada mulanya Blog Stacy's Frenz tidaklah semeriah mana kerana rupa-rupanya di Sabaha ada dibuka Website Kelab Peminat Stacy yang diberi nama Stacy FC yang dikendalikan oleh En.Rojak dan beberapa AJK Sabah. Saya tidaklah peduli sangat kerana tujuan saya membuka Blog ini bukan untuk kelab peminat...hanya medan mempromosikan Stacy sahaja. Ramai pula yang batu apai dan komen kelab peminat Stacy terlalu banyak dan mereka tidak tahu nak ikut yang mana. Komen saya senang sahaja, walau mereka kata Blog ini bukan rasmi...tetapi sebenarnya Website dan Myspace pun bukan rasmi juga kerana pada saya yang memperakuinya biarlah Stacy sendiri. Pada masa yang sama ada seorang Die hard bernama En.Firman ( seorang guru ) tampil menghulur bantuan mengendalikan Blog SF yang semakin sibuk.
lalu kami membuka Friendster Stacy dan Myspacenya. tetapi kami terkejut, rupa-rupanya ada hampir 10 account Myspace untuk Stacy. Berbalik pada konsert mingguan, oleh kerana kami tidak mempunyai modal yang banyak, maka saya hanya mampu mengeluarkan RM120 untuk menonton konsert bersama Cindy@Jayz, Andru@Mie, Charm@Saz, Amirul, Roystan dan saya. Walaupun penyokong pelajar yang lain datang berpuluh-puluh, tetapi kami lebih kreatif dengan membawa Banner terpanjang, terbesar dan Poster-poster yang dicetak khas sedangkan penyokong pelajar yang lain ada yang hanya membawa manila card dan huruf-huruf nama pelajar sahaja. lalu kami menjadi tumpuan kamera Tv dan kamera wartawan serta jurufoto. Dan kerana itu jugalah orang sedar yang Stacy ada barisan peminat yang unik dan kreatif. Malangnya bila saya letak di Blog tentang ada FC lain hanya memakai manila Kad, ada yang komen siap ugut suruh padam entri yang saya buat kerana jika tidak, mereka akan adukan pada seorang pengurus artis yang begitu berpengaruh konon. Tetapi saya tidak endahkan ugutan itu kerana pada saya ianya benar.
Satu persatu penyokong datang membantu seperti laura, Tanakwagu, Probosis & Mrs.X, lalu tertubuhlah Kelab Peminat Stacy yang serius bersama barisan AJK yang mantap dan ada pengalaman dari pelbagai bidang. Pada masa pengumuman pelajar yang layak ke Final, saya telah diinterview untuk Diari Extended tetapi pendapat saya tetap Stacy bakal Juara walau ramai yang memperkecilkan kebolehannya dan memperkecilkan undian penyokongnya. Sempat saya baca ulasan di Blog Mr.Manager yang Stacy susah untuk menjadi juara kerana mengikut pengalamannya, undian orang Sabah lebih kurang seperti berapai-api dan dasyat tetapi bila sampai ke final, undian dah pancit kerana itulah dari AF2-AF5 peserta dari Sabah hanya layak naib Juara. Ada juga komen-komen orang di situ kata Stacy tidak menjadi Juara kerana dia ada masalah PR dan selalu tergagap walaupun hanya ditanya oleh AC, itu belum lagi oleh wartawan kata mereka. Lalu saya komen, PR boleh diperbaiki, boleh belajar, takkan kerana dia kurang fasih berbahasa Melayu, kita menidakkan bakatnya yang lebih baik daro peserta yang lain.
Pada masa final pula, hanya saya sudah kecut. hari sebelum final, pihak Astro tanya berpa tiket kami nak beli dan yang harga berapa. Saya kata "kali ni kami nak beli banyak sikit iaitu 10 keping dan mahal sikit iaitu RM40 punya, bukan yang aras atas RM20". Orang Astro tanya saya balik, "you sure RM40, 10 tiket saja? FC lain beli tiket RM100 sebanyak 100 keping dan RM60 50 keping". hampir terbeliak mata saya bila RIZ FC dan NADIA FC beli sebnyak itu. Lalu saya kata pada orang Astro, saya akan confirmkan lagi esok ( tinggal 2 hari final ). Tambah memeningkan saya, kalau nak ambil BOOTH/Gerai untuk jual T.Sirt FC, kena bayar RM500. Huh...mana lah nak korek wang, semua nak bayar. Lalu saya beritahu pada ahli lain, tetapi mereka cadangkan nak saingi FC lain juga. Tetapi saya tiba-tiba berubah fikiran, saya rela tidak duduk di hadapan dan di tengah dewan...asalkan voet Stacy jalan. Saya kata, kalau beli tiket RM100, 50 seat dan RM60 50 seat mcm FC lain buat, banyak yang kita boleh vote untuk Stacy. Lalu semua setuju, biarlah kami malu duduk di belakang dan di atas, asal vote Stacy menjadi.
Ahli-ahli di KK bertanya pendapat saya yang mereka nak pergi ke KL tengok final, begitu juga dengan keluarga Stacy. Saya nasihatkan pada keluarga Stacy, dan ahli-ahli yang lain, hantar keluarga terdekat sahaja, wang tambang ke KL mahal, jika dikumpul, beribu dan boleh vote Stacy lebih banyak. Sebaik sahaja nama Stacy diumumkan sebagai JUARA, saya menangis. Tatkala orang lain bersorak sorai, di dalam hati berkata, mencipta lebih mudah...tetapi hendak mengekalkan Stacy dipersada seni, hendak mengekalkan sokongan ahli dan hendak mengekalkan Kelab Peminatnya, lebih susah dari itu. |
| | | Cuteyzuera
StacyFC Moderator
Posts : 324 Join date : 17/04/2010 Age : 38 Location : Shah Alam
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Thu Apr 29, 2010 12:27 pm | |
| Wah..hebatnya perjuangan kalian terutama EN KOSE..bangga dan teruja sy..sy dpt bygkn betapa terharunya berada d tempt Stacy yg mmpunyai pemint yg btul2 myokong kerjaya seni...Alhamdullila usaha pmint berjaya dan sehingga hari ini Stacy masih lg dminati dn mmpyi kelompok pemint yg besar skli..Syabas... |
| | | KOSE
StacyFC Admin
Posts : 208 Join date : 17/04/2010 Age : 45
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Thu Apr 29, 2010 2:38 pm | |
| - Cuteyzuera wrote:
- Wah..hebatnya perjuangan kalian terutama EN KOSE..bangga dan teruja sy..sy dpt bygkn betapa terharunya berada d tempt Stacy yg mmpunyai pemint yg btul2 myokong kerjaya seni...Alhamdullila usaha pmint berjaya dan sehingga hari ini Stacy masih lg dminati dn mmpyi kelompok pemint yg besar skli..Syabas...
ZURA Stacy masih popular kerana sikap low profilenya dan pandai jaga hati peminat. Manakala Kelab Peminatnya masih teguh kerana adanya peminat2 mcm korang semua yg selalu masuk Blog dan masuk Website. Semua yg telah mendaftar adalah penyumbang keteguhan Stacy's Frenz...tahniah dan terima kasih semua |
| | | Lan8300
StacyFC Senior
Posts : 127 Join date : 21/04/2010 Age : 41 Location : sarawak
| Subject: StacyFC Admin Posts: 112 Points: 135 Join date: 17/04/2010 Age: 31 New postSubject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Thu Apr 29, 2010 3:31 pm | |
| sama2 en. kose, kami sentiasa support stacy wlaupun kta owg jauh gilak kat swak ni bah...terutamanya Stacyfrenz....go...saf...go.,,,..go....saf...go...
Lan8300 |
| | | KOSE
StacyFC Admin
Posts : 208 Join date : 17/04/2010 Age : 45
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Thu Apr 29, 2010 3:36 pm | |
| - Lan8300 wrote:
- sama2 en. kose, kami sentiasa support stacy wlaupun kta owg jauh gilak kat swak ni bah...terutamanya Stacyfrenz....go...saf...go.,,,..go....saf...go...
Lan8300 LAN, tu yg buat kita org tambah semangat dgn sokongan padu dari Sabah, Sarawak dan Brunei...satu masa aku nak duduk dgn Stacy dan tunjuk semua komen2 fans dia kat sini |
| | | EIRMAA
StacyFC VIP
Posts : 43 Join date : 21/04/2010 Age : 43 Location : Batu Pahat Johor, Kelantan
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Thu Apr 29, 2010 10:00 pm | |
| mmg btul KOSE...selalunya kjyaan yg dikecapi seleps mgharungi kpayahan,mmg akan brtahan lama jika dibandingkn kjyaan yg sekelip mata,kerana akan lenyap dlm sekelip mata juga...org yg merasai pahit getir + ksusahan + ksedihan akn lebih menghargai insan2 diskeliling yg byk membantu dlm kjayaannya..org itu takkan mudah lupa diri, x mnyombong , x brlagak..sikap itu mmg ada pada STACY yg mana sehingga hari ini sikap dan personalitinya amat mnyenangkan sesiapa saja yg mghampirinya..bukan saja makin dsygi oleh insan yg rapat dgnnya tapi dsukai oleh insan yg baru pertama kali menemuinya...sikap STACY yg bersahaja mnjadikan peminat selesa mghampirinya w/pun skrg ni STACY adlh kelompok artis popular...peminat tidak akan merasai jurang jika bersamanya...ini mmg dnyatakan sndiri oleh kwn2 saya yg prnh saya ajak join xtvt SAF @ bjumpa STACY dlm satu prgrm..mereka happy time STACY melayan mereka dgn mesra skali...SYABAS pd STACY & harap STACY akan kekal dgn sikap low profile & mesranya tu...Syabas juga pada org2 kuat dsebalik SFC krn usaha korang semua mmg meletop!!!!! moga STACY akan kekal & hebat slamanya begitu juga SFC jd fc yg tbaik!!!! |
| | | KOSE
StacyFC Admin
Posts : 208 Join date : 17/04/2010 Age : 45
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Fri Apr 30, 2010 10:36 am | |
| - EIRMAA wrote:
- mmg btul KOSE...selalunya kjyaan yg dikecapi seleps mgharungi kpayahan,mmg akan brtahan lama jika dibandingkn kjyaan yg sekelip mata,kerana akan lenyap dlm sekelip mata juga...org yg merasai pahit getir + ksusahan + ksedihan akn lebih menghargai insan2 diskeliling yg byk membantu dlm kjayaannya..org itu takkan mudah lupa diri, x mnyombong , x brlagak..sikap itu mmg ada pada STACY yg mana sehingga hari ini sikap dan personalitinya amat mnyenangkan sesiapa saja yg mghampirinya..bukan saja makin dsygi oleh insan yg rapat dgnnya tapi dsukai oleh insan yg baru pertama kali menemuinya...sikap STACY yg bersahaja mnjadikan peminat selesa mghampirinya w/pun skrg ni STACY adlh kelompok artis popular...peminat tidak akan merasai jurang jika bersamanya...ini mmg dnyatakan sndiri oleh kwn2 saya yg prnh saya ajak join xtvt SAF @ bjumpa STACY dlm satu prgrm..mereka happy time STACY melayan mereka dgn mesra skali...SYABAS pd STACY & harap STACY akan kekal dgn sikap low profile & mesranya tu...Syabas juga pada org2 kuat dsebalik SFC krn usaha korang semua mmg meletop!!!!! moga STACY akan kekal & hebat slamanya begitu juga SFC jd fc yg tbaik!!!!
Betul tu Kak Eirma...tacy sekarang antara 5 yg terpopular Di Malaysia berdasarkan pi;ihan ABP tapi dia still mcm yg dulu juga, ramah dan merendah diri |
| | | riobrado
StacyFC Junior
Posts : 57 Join date : 21/04/2010
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Fri Apr 30, 2010 5:19 pm | |
| wahhhh..cayalah la en kose..aura pemimpin 2 mmg tserlah dlm diri u..mdah2an u trus kekal bsama SFC n joyyy.. |
| | | MiSs ArtiStiQue
StacyFC Active
Posts : 48 Join date : 25/04/2010 Age : 36
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Fri Apr 30, 2010 6:02 pm | |
| Kenapa tak ada iklan tuk vote lagu2 stacy di GAH 1?? cepatlah war-war kan nanti susah nak menang.. vote lagu pakai buang dan menggegar dunia di GAH 1 yang sebelum ini namanya adalah HITS 1. nanti kalau fans stacy tersalah vote rugi diorang dan lagu stacy mungkin tak boleh menang tuk kategori LAGU PALING POPULAR dalam rancangan or pertandingan itu.
Harap-harap fans stacy baca post ni and vote lagu stacy di GAH 1 yerk.. kod lagunya saya xigat coz jarang tengok tv tuk mengetahuinya sila lah tengok GAH 1 esok di RTM2 jam 4ptg kalau xclap hik3.. Admin kalau dah taw nak hantarkan ke nombor berapa undian tuh tulis lah kat sini tuk saya dan sume fan vote lagu stacy Kita kena kejar lagu Faizal Tahir BENCINTA yang sekarang mengungguli carta tuk lagu paling popular tuh tuk membolehkan stacy berada di kedudukan yang teratas.. kerjasama korang amat dihargai kalau stacy menang kita pun happy and puas hati kan. k adiosss |
| | | syeramario
StacyFC Junior
Posts : 89 Join date : 21/04/2010 Age : 28
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Fri Apr 30, 2010 8:19 pm | |
| sy kagum dgn en.kose pnye pgorbanan tuhh,,wlau pown pelbagai cbaran yg hdapi tp en.kose trus berusaha,,,mdah2an SAF n sume akn kekal slamenye..AMIN |
| | | KOSE
StacyFC Admin
Posts : 208 Join date : 17/04/2010 Age : 45
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Tue May 04, 2010 8:54 am | |
| - riobrado wrote:
- wahhhh..cayalah la en kose..aura pemimpin 2 mmg tserlah dlm diri u..mdah2an u trus kekal bsama SFC n joyyy..
Bro RIO, kekuatan sesuatu kelab atau persatuan adalah dari ahli2nya. Kamu semua yang membuat kelab ni terus bernafas dan menjadi nyata atas sokongan dan komitment kamu semua yang rajin mengikut perkembangan kelab dan Stacy sendiri. Tahniah pada kamu semua, saya hanyalah perantaraan sahaja antara ahli2 dan Stacy. |
| | | KOSE
StacyFC Admin
Posts : 208 Join date : 17/04/2010 Age : 45
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Tue May 04, 2010 8:56 am | |
| - syeramario wrote:
- sy kagum dgn en.kose pnye pgorbanan tuhh,,wlau pown pelbagai cbaran yg hdapi tp en.kose trus berusaha,,,mdah2an SAF n sume akn kekal slamenye..AMIN
SYERA, selagi kamu semua memberi sokongan, selagi itulah saya masih di sini. Sokongan moral kamu semua yang membuat saya bertenaga untuk meneruskan perjuangan. Marilah kita sama2 berganding bahu dan tenaga sambil melihat kejayaan Stacy satu persatu |
| | | sniperdib
StacyFC Junior
Posts : 92 Join date : 21/04/2010
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Thu May 06, 2010 12:01 am | |
| terharunyaaaaa, sob sob sob |
| | | HipokiuTSGT
StacyFC Moderator
Posts : 358 Join date : 19/04/2010 Age : 37 Location : TAMBUNAN SABAH MALAYSIA
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Thu May 06, 2010 12:26 am | |
| xtau mau cakap apalah kose..terharu..huhu...tajam jah mata membaca... |
| | | wawakechik
StacyFC Newbie
Posts : 10 Join date : 22/04/2010 Age : 40 Location : JOHOR BAHRU, MALAYSIA
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Thu May 06, 2010 7:07 pm | |
| sedih sgt2 bila kenang dulu2..[b] |
| | | stanley
StacyFC Newbie
Posts : 6 Join date : 27/04/2010
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Sat May 08, 2010 11:17 am | |
| Sebak rasa dada bila baca kisah dan sejarah penubuhan kelab peminat Stacy n i. Sunnguh salute sangat2 pada abg Kose yg tabah dan berani menghadapi segala cabaran. Idea dan pandangannya sungguh bernas dengan strategi tiket tu. Biarlah org kata Presiden duduk di belakang bukan di area atau kerusi istimewa. Sama mcm Stacy, sederhana jer orgnya dan tidah mahu ditempat istimew sangat. Tahniah |
| | | flojerz
StacyFC Registered
Posts : 2 Join date : 08/05/2010 Age : 30 Location : Miri
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Sat May 08, 2010 1:18 pm | |
| yeah! caya la kose! Flo tabik dgn segala usaha dan pengorbanan kose serta AJK Stacyfrenz! Keep up the good work! Flo akn sentiasa sokong Stacy! Setia menunggu Stacy datang ke Miri, Sarawak. |
| | | ummi hani bazlina
StacyFC Senior
Posts : 117 Join date : 31/05/2010 Age : 27 Location : tawau,sabah
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Tue Jun 08, 2010 11:33 pm | |
| |
| | | kiutrien
StacyFC Newbie
Posts : 24 Join date : 02/09/2010 Age : 39 Location : labuan f.t
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA Tue Oct 12, 2010 10:26 am | |
| kisah yang hebat,pengobanan yang ampuh..............kenapa la aku tidak di takdir kan berjuang bersama kamu...................bro kose sekarang ku tahu betapa beratnya hati mu meninggalkan jawatan ketua stacyfrenz......harap penganti koe buli kekalkan perjalanan stacy fresnz.................. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA | |
| |
| | | | SEJARAH STACY'S FRENZ ( KELAB PEMINAT STACY ) KENANGAN SEDIH DAN GEMBIRA | |
|
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |